TIPS-TIPS TEKNIK MOTIVASI DIRI MENJELANG PEPERIKSAAN

Menjelang peperiksaan, bermacam perasaan akan bermain di dalam diri anda. Kadang-kadang anda rasa berdebar, kadang-kadang pula anda rasa gembira kerana penantian anda selama ini akan berakhir. Walau apa pun yang anda rasakan, andaperlu sentiasa menaikkan tahap motivasi anda untuk menghadapi peperiksaan.


Thursday, October 29, 2009

Tips Motivasi 3: Jauhi Sahabat Bersifat Negatif


Sama seperti teknik kedua, jika anda boleh mengekalkan imej positif dan imej kejayaan dalam minda anda dengan berkawan dengan pelajar-pelajar yang bersemangat untuk berjaya, anda juga boleh kekalkan imej positif dengan menjauhkan diri daripada pelajarpelajar yang bersifat negatif, malas, biadap, bising dalam kelas dan tidak mementingkan pelajaran mereka. 


Apabila saya katakan menjauhkan diri, ia tidak bermaksud anda memutuskan persahabatan dengan sahabat-sahabat anda ini. Ia bermaksud anda perlu kurangkan masa bergaul dengan mereka dan jauhkan dari mengikuti aktiviti-aktiviti mereka yang membuang masa. Untuk maklumat lanjut mengenai teknik Motivasi dan Kemahiran Belajar,


Ada satu pepatah Inggeris yang mengatakan bahawa, “Jika anda mahu terbang bersama helang di langit, anda tidak boleh terus mencakar bersama ayam di tanah”. Selalunya kawan-kawan yang berfikiran negatif akan melemahkan dan menjatuhkan semangat anda. Contohnya, jika anda ceritakan kepada mereka bahawa anda bercita-cita untuk mendapat 8A dalam peperiksaan, mereka mungkin akan ketawa dan berkata bahawa anda tidak mungkin berjaya sebegitu. Ini pasti melemahkan semangat anda.


Kawan-kawan anda yang berfikiran negatif juga selalunya mudah berputus-asa. Mereka tidak mahu berusaha untuk berjaya kerana ia amat sukar dilakukan. Jadi, mereka mula berputus-asa. Apa yang tidak bagus ialah, mereka juga mungkin akan mempengaruhi anda untuk berputus-asa. Firman Allah dalam surah Yusuf, ayat 87, “....dan janganlah kamu berputus-asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiadalah yang berputus-asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” 

Jadi, jauhi kawan-kawan yang bersifat negatif dan mudah berputus asa. Ingat, saya kata jauhi, bukan putuskan hubungan persahabatan dengan mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai teknik Motivasi dan Kemahiran Belajar,
sila lawati http://www.OsmanAffan.com atau http://www.SmartStudy.com.my


Monday, October 26, 2009

Tips Motivasi 2: Dekati Sahabat Bersifat Positif



Mengekalkan imej yang positif atau imej kejayaan selalunya adalah sesuatu yang sukar. Terlalu banyak perkara negatif disekeliling anda yang boleh mempengaruhi apa yang anda fikirkan. Pada pendapat anda, secara umum, minda pelajar lebih mudah diisi dengan unsur unsur negatif atau positif……..????
 

Jawapannya tentulah unsur negatif. Ini kerana, anda perlu berusaha secara sedar untuk meletakkan unsur positif dalam minda anda. Jika anda tidak ada usaha untuk itu, secara otomatik, unsur negatif akan memenuhi minda anda. Ada pepatah yang mengatakan bahawa, minda adalah umpama sebuah taman. Jika taman itu tidak ditanam dengan pokok-pokok bunga, lalang dengan sendirinya akan tumbuh. Untuk maklumat lanjut mengenai teknik Motivasi dan Kemahiran Belajar,


Begitu juga dengan minda anda. Jika anda tidak berusaha memenuhkan minda anda dengan perkara-perkara yang baik dan positif, ia akan dengan sendirinya dipenuhi dengan perkara-perkara negatif dan tidak baik.


Jadi, tips kedua ini ialah, dalam usaha anda mengekalkan imej kejayaan dan positif dalam minda anda supaya sentiasa bersemangat, anda perlu bergaul dengan pelajar lain yang juga berfikiran positif dan bersemangat untuk berjaya. Ada Hadith Rasulullah S.A.W. yang mengatakan bahawa kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, badan kita juga akan berbau harum.

Jadi, cari pelajar lain atau kawan anda sendiri yang selalu bersemangat berusaha untuk berjaya. Luangkan masa bersama mereka. Ikut langkah mereka dalam belajar dengan bijak. Berkongsi pendapat dan ilmu bersama mereka tentang cara terbaik untuk mencapai matlamat anda untuk peperiksaan. Insyaallah, anda akan berjaya. 
Selamat mencuba..


Untuk maklumat lanjut mengenai teknik Motivasi dan Kemahiran Belajar,
sila lawati http://www.OsmanAffan.com atau http://www.SmartStudy.com.my


Sunday, October 25, 2009

Tips Motivasi 1: Kekalkan Imej Kejayaan





Teknik utama yang saya ingin kongsikan ialah jika anda mahu mengekalkan semangat yang membara dalam diri anda untuk berjaya, anda mesti mengekalkan imej kejayaan di dalam minda anda. Seperti yang anda tahu, minda anda hanya boleh fokus kepada satu perkara sahaja pada satu masa. (There could be only one dominant thought at one time). 

Jadi, apa yang selalu anda kekalkan dalam fikiran anda selepas anda menghadiri kursus atau membaca buku-buku motivasi? Kebanyakan pelajar yang hilang fokus dan semangat menjelang peperiksaan telah hilang fokus kepada imej kejayaan di dalam minda mereka. Jadi, mulai hari ini, fikirkan, apakah imej kejayaan yang anda ingin isi dalam minda anda? Mungkin anda boleh bayangkan imej kejayaan ketika mengambil keputusan peperiksaan. Mungkin juga anda boleh pergi jauh lagi dengan membayangkan imej kejayaan ketika anda sudah memasuki alam pekerjaan. 


Untuk pengetahuan anda juga, imej kejayaan di masa akan datang tidak semestinya menjadi seorang ahli korporat. Anda boleh jadi apa sahaja. Cuma, walau apa-apa pun kerjaya yang anda pilih, pilih untuk jadi professional, maksudnya, jadi yang terbaik. 

Jadi, latihan untuk hari ini, fikirkan apa imej yang anda ingin kekalkan di dalam minda anda untuk terus rasa bersemangat. Ingat, jika anda tidak memilih untuk mengisi minda anda dengan imej yang memberikan semangat, ia akan diisi dengan imej yang akan menjatuhkan anda. 

Selamat mencuba...


Untuk maklumat lanjut mengenai teknik Motivasi dan Kemahiran Belajar,
sila lawati http://www.OsmanAffan.com atau http://www.SmartStudy.com.my


Saturday, October 24, 2009

PEDOMAN :Tingkah Laku HaLaL & HaRaM

Manusia hari ini suka bersangka-sangka, ada sangkaan BAIK…ada sangkaan BURUK

ØOrang BERIBADAH disangka RIAK
ØOrang yang BERKERETA BARU disangka MENUNJUK
ØOrang yang BERKERETA BURUK disangka ZUHUD
ØOrang BERMUZAKARAH disangka MENGUMPAT
Ø Orang DIAM disangka SOMBONG
Ø Orang CERIA disangka PAKAI SUSUK
Ø Orang SENYUM disangka MENGEJEK
ØOrang MAKAN BANYAK disangka PELAHAP
ØOrang MAKAN SIKIT disangka DIET
ØOrang BAIK disangka JAHAT
ØOrang JAHAT disangka BAIK

Mana tahu yang DIAM itu kerana BERZIKIR kepada TUHAN. Mana tahu yang SENYUM itu kerana BERSEDEKAH. Mana tahu yang MASAM itu kerana mengenangkan DOSA. Mana tahu yang MENAWAN itu kerana BERSIH HATINYA. Mana tahu yang CERIA itu kerana CERGAS MINDANYA.

JAUHI SIKAP SUKA BERSANGKA-SANGKA KERANA IA BAKAL MEMUSNAHKAN UKHWAH