TIPS-TIPS TEKNIK MOTIVASI DIRI MENJELANG PEPERIKSAAN

Menjelang peperiksaan, bermacam perasaan akan bermain di dalam diri anda. Kadang-kadang anda rasa berdebar, kadang-kadang pula anda rasa gembira kerana penantian anda selama ini akan berakhir. Walau apa pun yang anda rasakan, andaperlu sentiasa menaikkan tahap motivasi anda untuk menghadapi peperiksaan.


Tuesday, January 17, 2012

SENTUHAN AWAL 2012 : PEMASARAN


KONSEP:

PASARAN, PEMASARAN, PEMETAKAN PASARAN, SASARAN PASARAN DAN PELETAKAN PASARAN


PASARAN:

Tempat di mana kedua-dua pihak pembeli dan penjual membuat pertukaran terhadap barangan dengan harga yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. 

pengguna/pelanggan yang berkuasa beli untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka


ATAU


Pasaran:Satu himpunan p’beli sedia ada & jg bakal p’beli bagi satu produk yg d’tawarkan.M’merlukan kedua2 pihak hadir iaitu p;jual & p’beli.Besarnya 

Sesuatu pasaran b’gantung kpd jumlah p’jual & p’beli yg m’merlukan 

P’tukaran b’laku,m’punyai sumber utk m’beli & m’jual serta sggup m’nawarknnya sbg p’tukaran.


PEMASARAN:

Sistem aktiviti perniagaan yang dibentuk untuk merancang dan melaksanakan konsepsi penentuan harga promosi dan pengedaran produk untuk menggalakkan berlaku pertukaran yang dapat memenuhi keperluan pengguna dan mencapai objektif organisasi (menurut Persatuan Pemasaran Amerika-AMA)

ATAU

Pemasaran ialah proses p’rancangan & p’laksanaan konsep b’kaitan dgn p’letakkan harga,promosi, p’agihan barangan @ p’khidmatan @ idea, utk m’wujudkan p’tukaran bagi m’nuhi objektif individu & matlamat organisasi.


PEMETAKAN PASARAN:

Satu proses membahagikan pasaran yang besar dan heterogen kepada pasaran-pasaran kecil berdasarkan kepada keperluan yang sama dan tawaran-tawaran yang terdapat dalam sesuatu campuran pemasaran.


ATAU

Satu proses membahagikan pasaran kepada beberapa kumpulan pembeli yang mempunyai keperluan, ciri-ciri atau kelakuan yang berbeza yang memerlukan keluaran dan campuran pemasaran yang berlainan. 
-Pemetakan pasaran-menentukan ciri-ciri khusus sesuatu kelompok pengguna dan cuba menekankan kepada ciri-ciri tersebut ketika memasarkan produk atau perkhidmatan 
-Tujuan - utk mbolehkan pemasar membentuk campuran pmsrn yg sesuai bg memenuhi keperluan sstu @ lebih drpd satu segmen



SASARAN PASARAN:


Menilai pelbagai segmen dan memutuskan berapa banyak segmen serta yang mana satu perlu dipilih atau disasarkan 

- kriteria untuk penyasaran:- 
saiz dan pertumbuhan segmen 
potensi persaingan 
kesesuaian dengan objektif syarikat 



PELETAKAN PASARAN:

Merujuk kepada persepsi pengguna terhadap sesuatu produk berbanding dengan keluaran pesaing, perbandingan berdasarkan ciri-ciri utama produk sebuah syarikat dengan produk pesaing

•Dilakukan setelah pemetakan dan penyasaran psrn dibuat 

•Mengandaikan bhw pengguna membandingkan produk berdasarkan ciri2 utama produk sebuah syk dgn produk pesaing. 
•Cth: Pengguna-surirumah lebih suka mgunakan serbuk kari Adabi dlm masakan bbanding keluaran lain yg tdpt di pasaran. Ini krn keluaran Adabi – sedap serta halal & tjamin kebersihannya. 

•Sedap,halal&bersih adalah tiga ciri produk penting dijadikan strategi oleh Syk Adabi utk mbuat perletakan psrn produk keluarannya. 
•Ciri2 lain sbg strategi perletakan pasaran 

-harga rendah(Mydin Wholesaler, GlobeSilkStore) 

-prestij (Mercedes Benzs) 
•Pemasar perlu membuat penilaian mengenai kelebihan2 persaingan dan kemudian memilih satu kedudukan yang boleh meletakkan dan mengekalkan perletakan tersebut diminda pengguna. 





Wednesday, January 4, 2012

PANDUAN ASAS PELAKSANAAN KAJIAN UNTUK GURU DAN PELAJAR TINGKATAN ENAM

Penyelidikan dapat membantu mereka untuk memahami bidang ilmu pengetahuan yang mereka ceburi dan juga aspek-aspek pedagogi dalam menguruskan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan lebih mendalam dan meluas.

Guru seharusnya sentiasa melakukan penyelidikan sepanjang menjalankan tugas masing-masing.

Mereka perlu memahami kepelbagaian kaedah dan prosedur dalam melaksanakan penyelidikan, seperti pelaksanaan penyelidikan kualitatif, kuantitatif atau penyelidikan tindakan.

Penyelidikan berskala kecil seperti penyelidikan tindakan tidaklah memerlukan masa dan kos yang begitu banyak untuk melaksanakannya.

Yang penting adalah hasil dari proses penyelidikan tersebut akan dapat membantu guru menambah baik tugas masing-masing sebagai pendidik.

Garis panduan ini bertujuan untuk membantu guru-guru dan pelajar Tingkatan 6 menjalankan kajian di sekolah, di samping memberi kemahiran kepada guru-guru untuk membimbing dan menyelia pelajar Tingkatan 6 dalam pelaksanaan kajian.

Ia juga dapat membantu penyelarasan dan penyeragaman kaedah pelaksanaan penyelidikan dari peringkat awal sehingga kepada penulisan laporan.

CARA PELAKSANAAN KAJIAN

Dijalankan secara individu atau berkumpulan tidak melebihi empat orang pelajar di bawah seliaan seorang penyelia (guru). Setiap kumpulan wajib melaksanakan dan menyediakan laporan kajian. Kajian dilaksanakan dalam tempoh maksimum tiga semester. Proses kajian termasuk menghadiri kelas(bersemuka), penyediaan kertas cadangan kajian, pelaksanaan kajian, penulisan laporan kajian dan pembentangan kajian dalam satu kolokium.

Setiap laporan kajian dihantar pada minggu pertama semester ketiga dengan mengikut format:
· 15 hingga 25 muka surat
· langkau satu setengah baris
· font Arial 11


ISI KANDUNGAN DAN JADUAL PELAKSANAAN ASAS KAJIAN

SEMESTER 1 :TINGKATAN 6 BAWAH (20 MINGGU)

A KONSEP KAJIAN: (12 MINGGU)

a) Konsep kajian (1minggu/2 waktu)
i. Definisi
ii. Ciri-ciri
iii. Tujuan

b) Jenis-jenis Kajian (3 minggu/6 waktu)
i. Tinjauan
ii. Kajian Kes
iii. Eksperimental
iv. Ex-post facto
v. Kajian tindakan

c) Proses Kajian (3 minggu/6 waktu)
i. Mengenal pasti isu/masalah
ii. Merancang strategi
iii. Melaksanakan kajian
iv. Mengumpul dan menganalisis data
v. Kesimpulan dan perbincangan

d) Metodologi Kajian (5 minggu/10 waktu)
i. Rekabentuk kajian
ii. Persampelan
iii. instrumen kajian
iv. prosedur kajian
v. kaedah analisis data

B. PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN KAJIAN (8 MINGGU)

a. Teknik penulisan ilmiah (2minggu/4 waktu)
i. Format kertas cadangan kajian
ii. Teknik membuat rujukan/nukilan (citation)
iii. Format menulis bibliografi

b. Penulisan Kertas Cadangan (6 minggu/12 waktu)
i. Mengenal pasti isu/masalah
ii. Sorotan kajian
iii. Metodologi kajian
iv. Jadual pelaksanaan kajian

SEMESTER 2 : TINGKATAN 6 ATAS (20 MINGGU)

C. PELAKSANAAN KAJIAN (10 MINGGU)

a) Pembentangan kertas cadangan
b) Laporan kemajuan kajian mengikut jadual
c) Perjumpaan berkala dengan penyelia

D. PENYEDIAAN LAPORAN KAJIAN(10 MINGGU)

a. Ciri-ciri laporan kajian yang baik
b. Format laporan kajian
c. Penulisan laporan kajian

SEMESTER 3 : TINGKATAN 6 ATAS (20 MINGGU)

E. KOLOKIUM
a. Pembentangan peringkat sekolah
b. Pembentangan peringkat daerah
c. Pembentangan peringkat negeri