Kaedah-Kaedah Pengajaran Berpusatkan Pengajar (Teacher-Centered)
1. Syarahan/Kuliah (Lecture)
2. Demonstrasi (Demonstrations)
3. Perbincangan Panel (Panel Discussion)
4. Soal Jawab (Questions & Answers)
5. Pembentangan (Presentations)
6. Lawatan Bimbingan (Guided Tour)
Kaedah-Kaedah Pengajaran Berpusatkan Pelajar (Learner-Centered)
1. Perbincangan Kumpulan (Group Discussion)
2. Simulasi (Simulations)
3. Latihan Aprentis (Apprenticeship)
4. Main Peranan (Role Play)
5. Kajian Kes (Case Studies)
6. Sumbang Saran (Brainstorming)
7. Pembelajaran Jarak Jauh (Distant Learning)
8. Lawatan ke Lapangan (Field Trip)
TIPS-TIPS TEKNIK MOTIVASI DIRI MENJELANG PEPERIKSAAN
Menjelang peperiksaan, bermacam perasaan akan bermain di dalam diri anda. Kadang-kadang anda rasa berdebar, kadang-kadang pula anda rasa gembira kerana penantian anda selama ini akan berakhir. Walau apa pun yang anda rasakan, andaperlu sentiasa menaikkan tahap motivasi anda untuk menghadapi peperiksaan.
Sunday, February 6, 2011
KAEDAH P&P BERPUSAT PELAJAR DAN PENGAJAR
10 Prinsip Pembelajaran & Implikasi Kepada P&P
Berikut adalah prinsip-prinsip yang mengenalpasti syarat-syarat dalam mana pembelajaran berlaku dengan lancar. Syarat-syarat ini harus wujud untuk pembelajaran yang berkesan berlaku dan kesannya keatas pengajaran.
1. Pelajar (learners) mempunyai motivasi untuk belajar apabila mereka mengetahui tujuan pembelajaran, apabila mereka melihat nilai di dalamnya dan apabila mereka berjaya dalam pembelajarannya.
Motivasi Pelajar Untuk Belajar. Motivasi ini sepatutnya berkaitan dengan minat individu. Pelajar berupaya belajar walaupun di dalam situasi yang tertekan asalkan pembelajaran memenuhi keperluan mereka. Walaupun kemudahan dan program adalah yang terbaik, latihan/pengajaran boleh gagal jika pengisiannya tidak dilihat sebagai berguna kepada pelajar. Pastikan pelajar sedar akan objektif latihan/pengajaran. Nyatakan apa yang akan datang. Tentukan organisasi dan struktur kepada pembelajaran.
2. Pelajar (learners) menggunakan kesemua deria mereka untuk mempersepsi/menerima maklumat (information).
Gunakan imej dan pembelajaran visual. Kebanyakan orang menyukai pembelajaran visual sebab ianya meninggalkan kesan yang lebih lama keatas daya ingatan apabila mod ini digunakan.
3. Semua pelajar (learners) mempunyai pendekatan pembelajaran yang disukai.
Pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza untuk bertindak-balas kepada tiga bentuk maklumat; 1) tindakan fizikal, 2) visual, atau 3) bertulis/verbal. Mereka juga berbeza dari segi kadar penerimaan dan pemahaman maklumat.
Gunakan pelbagai kaedah latihan/pengajaran untuk mengelakkan kebosanan. Set semula jangkawaktu 15 minit (Reset the 15 minute time clock).
4. Pelajar (learners) boleh memproses sedikit maklumat pada sesuatu masa.
Gunakan Peraturan 7 dengan mengumpul pengisian ke dalam seksyen-seksyen kecil yang senang diajarkan. Biarkan pelajar praktikkan apa yang telah dipelajari sebelum memperkenalkan pengisian yang baru.
5. Pembelajaran adalah dipengaruhi oleh iklim dalam mana ianya berlaku.
Pastikan bahawa iklim fizikal dan emosional menyokong atau menggalakan pembelajaran. Jauhkan sebanyak mungkin halangan yang mungkin dan bina suatu iklim pembelajaran yang serius dan menyeronokkan.
6. Pelajar perlu dicabar dengan cara yang positif supaya pembelajaran boleh berlaku.
Wujudkan cara bagaimana pelajar boleh dicabar dan berkebolehan untuk berjaya. Tanggapan yang positif menjadi unsur motivasi yang kuat. Tanggapan yang rendah dan ketiadaan penghormatan akan mengurangkan motivasi.
7. Pembelajaran adalah suatu proses yang berterusan membentuk makna/pengertian melalui pengalaman.
Adakan maklumbalas. Maklumbalas harus semerta dan, jika boleh sentiasa positif. Ganjaran biasanya lebih berkesan daripada hukuman. Pelajar memerlukani peluang kedua untuk mengamalkan selepas menerima maklumbalas.
8. Pelajar (learner) hendaklah terlibat secara aktif di dalam proses pembelajaran (aktiviti mental & fisikal).
Pastikan pelajar adalah aktif secara mental. Pelajar hendaklah menangani bahan pembelajaran secara aktif. Ini boleh diilakukan secara mental atau secara luaran melalui tulisan dan percakapan. Galakkan pelajar untuk mengajar pelajar yang lain. Pelajar yang mengajar orang lain belajar mempelajari lebih daripada pelajar yang mereka ajar. Tambahan pula, pelajar akan dapat membentuk suatu perasaan pencapaian dan percaya-diri.
9. Pelajar (learner) membawa ke setiap kelas suatu tahap keterampilan dan pengajar hendaklah membina ke atas keterampilan itu jika ingin pembelajaran berlaku.
Lakukan suatu analisis akan kebolehan, motivasi dan pengalaman terdahulu pelajar (learner) untuk mengenalpasti tahap pengisian dan aktiviti sesuai yang boleh dirancang.
10. Pelajar (learners) berkemungkinan untuk mengingati dan mengamalkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajarinya di dalam konteks dunia sebenar. Pembelajaran memerlukan pendedahan berganda kepada maklumat dan kemahiran baru di dalam konteks yang yang berlainan.
Praktikan latihan di dalam situasi yang realistik. Mempelajari konsep-konsep yang kompleks, tugasan, atau penyelesaian masalah memerlukan peluang untuk latihan praktik. Pengulangan mungkin perlu untuk menjadi lebih tepat dan pantas. Biasanya pengajar adalah tertekan untuk “memandatkan program” – untuk menggunakan setiap detik yang ada bagi “memaklumkan sesuatu kepada pelajar”.
TIPS: PENDEKATAN PENGAJARAN
I. PENDEKATAN PENGAJARAN
Prinsip-Prinsip Asas Latihan (Basic Training Principles)
1. Formula Latihan (Training Formula)
2. Peneguhan Positif/Bulatan Keyakinan (Positive Reinforcement/Confidence Circle)
3. Kesediaan (Readiness)
4. Tindakan Mengilap (Polishing Action)
5. 3 Jenis Latihan Asas (3 Basic Types of Training)
6. Langkah-Langkah Utama dalam Latihan (Major Steps in Training – PESOS Formula)
7. Akaun Kuasa Jurulatih (Power Bank Account)
8. Segi Tiga Utama (Priority Triangle)
9. Peraturan 80% (80% Rule)
10. Undang-Undang PARETO (Pareto’s Law)
11. Kelok Perubahan (Change Curve)
12. Peningkatan Sedikit Demi Sedikit dan Peraturan 7 (Incrementalism)
Sunday, March 28, 2010
PANDUAN & PEDOMAN
PANDUAN & PEDOMAN
>· Makan kepala ikan.
>· Organ dalaman binatang seperti hati, limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
>· Makan makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
>· Makan makanan ringan dan makanan segera.
>· Makan berlebihan , makanan yang terlalu berlemak dan kandungan gula tinggi
>· Makan bawang mentah
>· Makan makanan atau buah yang masam secara kerap ( jeruk, asam )
>· Pengambilan kafein yang terlalu banyak ( kopi, nestcafe )
>· Minum antara suapan makan , maksudnya jangan minum sebelum anda selesai makan.
>· Minum minuman bergas dan beralkohol
>· Sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju , gusti , dan sebagainya. Pergaduhan / berkelahi sesama sendiri dengan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa . Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang dipanggil dopamine akan berkurangan di dalam sel-sel otak . Lalu mengakibatkan daya ingatan yang lemah dan otot-otot yang kurang bermaya.
>· Merokok
>· Kepala terdedah kepada panas terik cahaya matahari antara pukul 10.00 pagi sehingga pukul 4.00 petang.
>· Tidur pada waktu asar
>· Kurang tidur
>· Tidur pada tengkuk ( belakang kepala )
>· Fikiran runsing, stress dan hati sedih
>· Melakukan maksiat dan dosa
>· Tekanan darah tinggi
Saturday, November 7, 2009
Tips Motivasi 4:Mulakan Dengan Api Kecil
sila lawati http://www.OsmanAffan.com atau http://www.SmartStudy.com.my
Thursday, October 29, 2009
Tips Motivasi 3: Jauhi Sahabat Bersifat Negatif
Apabila saya katakan menjauhkan diri, ia tidak bermaksud anda memutuskan persahabatan dengan sahabat-sahabat anda ini. Ia bermaksud anda perlu kurangkan masa bergaul dengan mereka dan jauhkan dari mengikuti aktiviti-aktiviti mereka yang membuang masa. Untuk maklumat lanjut mengenai teknik Motivasi dan Kemahiran Belajar,
Ada satu pepatah Inggeris yang mengatakan bahawa, “Jika anda mahu terbang bersama helang di langit, anda tidak boleh terus mencakar bersama ayam di tanah”. Selalunya kawan-kawan yang berfikiran negatif akan melemahkan dan menjatuhkan semangat anda. Contohnya, jika anda ceritakan kepada mereka bahawa anda bercita-cita untuk mendapat 8A dalam peperiksaan, mereka mungkin akan ketawa dan berkata bahawa anda tidak mungkin berjaya sebegitu. Ini pasti melemahkan semangat anda.
Jadi, jauhi kawan-kawan yang bersifat negatif dan mudah berputus asa. Ingat, saya kata jauhi, bukan putuskan hubungan persahabatan dengan mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai teknik Motivasi dan Kemahiran Belajar,
sila lawati http://www.OsmanAffan.com atau http://www.SmartStudy.com.my

