TIPS-TIPS TEKNIK MOTIVASI DIRI MENJELANG PEPERIKSAAN

Menjelang peperiksaan, bermacam perasaan akan bermain di dalam diri anda. Kadang-kadang anda rasa berdebar, kadang-kadang pula anda rasa gembira kerana penantian anda selama ini akan berakhir. Walau apa pun yang anda rasakan, andaperlu sentiasa menaikkan tahap motivasi anda untuk menghadapi peperiksaan.


Thursday, October 29, 2009

Tips Motivasi 3: Jauhi Sahabat Bersifat Negatif


Sama seperti teknik kedua, jika anda boleh mengekalkan imej positif dan imej kejayaan dalam minda anda dengan berkawan dengan pelajar-pelajar yang bersemangat untuk berjaya, anda juga boleh kekalkan imej positif dengan menjauhkan diri daripada pelajarpelajar yang bersifat negatif, malas, biadap, bising dalam kelas dan tidak mementingkan pelajaran mereka. 


Apabila saya katakan menjauhkan diri, ia tidak bermaksud anda memutuskan persahabatan dengan sahabat-sahabat anda ini. Ia bermaksud anda perlu kurangkan masa bergaul dengan mereka dan jauhkan dari mengikuti aktiviti-aktiviti mereka yang membuang masa. Untuk maklumat lanjut mengenai teknik Motivasi dan Kemahiran Belajar,


Ada satu pepatah Inggeris yang mengatakan bahawa, “Jika anda mahu terbang bersama helang di langit, anda tidak boleh terus mencakar bersama ayam di tanah”. Selalunya kawan-kawan yang berfikiran negatif akan melemahkan dan menjatuhkan semangat anda. Contohnya, jika anda ceritakan kepada mereka bahawa anda bercita-cita untuk mendapat 8A dalam peperiksaan, mereka mungkin akan ketawa dan berkata bahawa anda tidak mungkin berjaya sebegitu. Ini pasti melemahkan semangat anda.


Kawan-kawan anda yang berfikiran negatif juga selalunya mudah berputus-asa. Mereka tidak mahu berusaha untuk berjaya kerana ia amat sukar dilakukan. Jadi, mereka mula berputus-asa. Apa yang tidak bagus ialah, mereka juga mungkin akan mempengaruhi anda untuk berputus-asa. Firman Allah dalam surah Yusuf, ayat 87, “....dan janganlah kamu berputus-asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiadalah yang berputus-asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” 

Jadi, jauhi kawan-kawan yang bersifat negatif dan mudah berputus asa. Ingat, saya kata jauhi, bukan putuskan hubungan persahabatan dengan mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai teknik Motivasi dan Kemahiran Belajar,
sila lawati http://www.OsmanAffan.com atau http://www.SmartStudy.com.my


0 comments: