TIPS-TIPS TEKNIK MOTIVASI DIRI MENJELANG PEPERIKSAAN

Menjelang peperiksaan, bermacam perasaan akan bermain di dalam diri anda. Kadang-kadang anda rasa berdebar, kadang-kadang pula anda rasa gembira kerana penantian anda selama ini akan berakhir. Walau apa pun yang anda rasakan, andaperlu sentiasa menaikkan tahap motivasi anda untuk menghadapi peperiksaan.


Wednesday, January 4, 2012

PANDUAN ASAS PELAKSANAAN KAJIAN UNTUK GURU DAN PELAJAR TINGKATAN ENAM

Penyelidikan dapat membantu mereka untuk memahami bidang ilmu pengetahuan yang mereka ceburi dan juga aspek-aspek pedagogi dalam menguruskan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan lebih mendalam dan meluas.

Guru seharusnya sentiasa melakukan penyelidikan sepanjang menjalankan tugas masing-masing.

Mereka perlu memahami kepelbagaian kaedah dan prosedur dalam melaksanakan penyelidikan, seperti pelaksanaan penyelidikan kualitatif, kuantitatif atau penyelidikan tindakan.

Penyelidikan berskala kecil seperti penyelidikan tindakan tidaklah memerlukan masa dan kos yang begitu banyak untuk melaksanakannya.

Yang penting adalah hasil dari proses penyelidikan tersebut akan dapat membantu guru menambah baik tugas masing-masing sebagai pendidik.

Garis panduan ini bertujuan untuk membantu guru-guru dan pelajar Tingkatan 6 menjalankan kajian di sekolah, di samping memberi kemahiran kepada guru-guru untuk membimbing dan menyelia pelajar Tingkatan 6 dalam pelaksanaan kajian.

Ia juga dapat membantu penyelarasan dan penyeragaman kaedah pelaksanaan penyelidikan dari peringkat awal sehingga kepada penulisan laporan.

CARA PELAKSANAAN KAJIAN

Dijalankan secara individu atau berkumpulan tidak melebihi empat orang pelajar di bawah seliaan seorang penyelia (guru). Setiap kumpulan wajib melaksanakan dan menyediakan laporan kajian. Kajian dilaksanakan dalam tempoh maksimum tiga semester. Proses kajian termasuk menghadiri kelas(bersemuka), penyediaan kertas cadangan kajian, pelaksanaan kajian, penulisan laporan kajian dan pembentangan kajian dalam satu kolokium.

Setiap laporan kajian dihantar pada minggu pertama semester ketiga dengan mengikut format:
· 15 hingga 25 muka surat
· langkau satu setengah baris
· font Arial 11


ISI KANDUNGAN DAN JADUAL PELAKSANAAN ASAS KAJIAN

SEMESTER 1 :TINGKATAN 6 BAWAH (20 MINGGU)

A KONSEP KAJIAN: (12 MINGGU)

a) Konsep kajian (1minggu/2 waktu)
i. Definisi
ii. Ciri-ciri
iii. Tujuan

b) Jenis-jenis Kajian (3 minggu/6 waktu)
i. Tinjauan
ii. Kajian Kes
iii. Eksperimental
iv. Ex-post facto
v. Kajian tindakan

c) Proses Kajian (3 minggu/6 waktu)
i. Mengenal pasti isu/masalah
ii. Merancang strategi
iii. Melaksanakan kajian
iv. Mengumpul dan menganalisis data
v. Kesimpulan dan perbincangan

d) Metodologi Kajian (5 minggu/10 waktu)
i. Rekabentuk kajian
ii. Persampelan
iii. instrumen kajian
iv. prosedur kajian
v. kaedah analisis data

B. PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN KAJIAN (8 MINGGU)

a. Teknik penulisan ilmiah (2minggu/4 waktu)
i. Format kertas cadangan kajian
ii. Teknik membuat rujukan/nukilan (citation)
iii. Format menulis bibliografi

b. Penulisan Kertas Cadangan (6 minggu/12 waktu)
i. Mengenal pasti isu/masalah
ii. Sorotan kajian
iii. Metodologi kajian
iv. Jadual pelaksanaan kajian

SEMESTER 2 : TINGKATAN 6 ATAS (20 MINGGU)

C. PELAKSANAAN KAJIAN (10 MINGGU)

a) Pembentangan kertas cadangan
b) Laporan kemajuan kajian mengikut jadual
c) Perjumpaan berkala dengan penyelia

D. PENYEDIAAN LAPORAN KAJIAN(10 MINGGU)

a. Ciri-ciri laporan kajian yang baik
b. Format laporan kajian
c. Penulisan laporan kajian

SEMESTER 3 : TINGKATAN 6 ATAS (20 MINGGU)

E. KOLOKIUM
a. Pembentangan peringkat sekolah
b. Pembentangan peringkat daerah
c. Pembentangan peringkat negeri

0 comments: